Monday, May 31, 2010

uSRah SekOLah...


Assalamualaikum.
Kali ini ana ingin berkongsi sedikit pengalaman menjadi ahli usrah sewaktu di tingkatan 4 dan 5.Ana masih ingat,lepas sesi persekolahan tamat setiap hari Jumaat jam 11.30 pagi..ana dan sahabat2 tidak terus pulang ke rumah,sebaliknya kaki kami sama2 melangkah menuju surau sekolah...

Sementara menunggu naqibah(kak T) tiba,perut ini diisi terlebih dulu sama ada di kantin sekolah atau di gerai yang ada di luar sekolah...

Selesai mulut mengucapkan alhamdulillah....kami pun bergegas menuju ke surau semula.Dan...usrah pun dimulakan apabila naqibah(kak T) dan kami(ahli2 usrah) sudah tiba...

Seperti biasa,usrah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah,zikir asma ul-husna dan lagu tema usrah........selesainya,naqibah akan terus masuk pada topik yang akan dibincangkan/disampaikan..

Terkadang masa yang diperuntukan untuk usrah dijalankan dalam 1 jam 15 minit begitu...bergantung kepada topik yang disampaikan....

Di akhir usrah,kami akan sama2 membaca tasbih Kaffarah dan surah Al-Asr...dan diakhiri dengan solat Zohor berjamaah dengan diimami oleh naqibah sendiri...

Begitulah usrah2 yang dijalankan seterusnya....pada masa,tempat,naqibah dan ahli2 usrah yang sama...

Bagi ana,sekecil2 usrah inilah yang banyak membimbing ana untuk sampai ke tahap ana berada sekarang....dan,ana yakin semua ini sudah ditakdirkan oleh Yang Maha Kuasa...Dialah yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba2Nya....alhamdulillah.

Kepada yang pernah menjadi naqibah ana,syukran lillah ana ucapkan....semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala yang telah anda korbankan buat ana dan sahabat2 yang lain...

Di jalan Allah,persaudaraan ini bukan milikku
dan bukan jua milikmu.
Persaudaraan ini adalah perancangan
Allah SWT yang mengetahui
segala rahsia.Kerana Dialah aku mengenalimu
dan kerana Dialah juga telah menetapkan
aku dan kau mengukir 1000 kenangan
bersama.Persaudaraan ini sudah pasti terisi
dengan kasih






Friday, May 7, 2010

Assalamualaikum.
Baru hari ni rasanya tangan ni rajin untuk mencatatkan sesuatu dalam blog yang penuh habuk ni.Tentu anda masih ingat kan dengan pelajar terbaik spm 2008...Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.Baru-baru ni ana ada beli buku tentang pelajar ni,tajuk buku tu...CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH...dalam buku ni madihah ada menceritakan tentang perjalanan kisah hidupnya dari beliau kecil hinggalah mencapai kejayaan dalam spm....kecermelangannya dalam spm telah mengejutkan ramai pihak sekaligus mengharumkan sekolahnya dan negeri Kelantan.Ingin rasanya ana berkongsi segala isi kandungan dalam bukun ni kepada anda semua,namun elok rasanya anda membacanya sendiri...buku ni sesuai dibaca oleh semua peringkat umur..dapatkannya sekarang di pasaran!!atau anda boleh pinjam dari ana di nombor 0145658503...